IKLAN

Friday, 1 July 2011

DELEGASI KEPIMPINAN SISWA KE UNIVERSITI RAJABHAT, SONGHKLA, THAILAND


Sinopsis: 
Delegasi ini telah dianjurkan sejajar dengan perancangan aktiviti per semester untuk Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan kelab Pembimbing RakanSebaya Kolej Komuniti Selayang yang mewakili komuniti pelajar – pelajar lain di kolej ini. Universiti ini telah dipilih berdasarkan tarafnya sebagai salah satu universiti terbesar di Thailand dan juga persamaan konsep perlaksanaan pendidikan komuniti di sana. Delegasi ini telah dapat memenuhi beberapa objektif mengantarabangsakan Kolej Komuniti Selayang di samping menonjolkan nama kolej ini kepada dunia luar. Delegasi ini telah disertai oleh 40 orang termasuk lima pegawai pengiring.

Impak program: 
Beberapa objektif delegasi ini telah dikenalpasti dan dicapai sepanjang program delegasi ini iaitu:
i. menjalinkan hubungan sosio – budaya antara dua institusi pendidikan di peringkat antarabangsa melibatkan Kolej Komuniti Selayang dengan Universiti Rajabhat
ii. mendedahkan pelajar kepada destinasi lawatan program pengantarabangsaan
iii. memperluaskan jalinan kolaborasi untuk program pengantabangsaan di masa depan
iv. memperolehi maklumat latarbelakang dari segi peluang melanjutkan pelajaran, pra - syarat kemasukan, aktiviti mahasiswa, golongan pensyarah dan struktur organisasi universiti terbabit
v. mendedahkan pelajar kepada aktiviti pendidikan sepanjang hayat universiti di Thailand
vi. memupuk sikap toleransi sesama pelajar dalam budaya yang berbeza
vii. pelajar dapat membina pengalaman berinteraksi dengan komuniti di peringkat antarabangsa
viii. pelajar memperolehi informasi yang diperlukan untuk tujuan pembentangan
ix. mendorong pelajar mengurus masa sendiri
x. mendedahkan pelajar kepada cara dan adat resam hidup masyarakat Thailand khususnya warga IPT dan komuniti setempat di selatan Thailand
xi. mempelajari konsep pengurusan usahawan hasil daripada kursus sepanjang hayat dan kursus sepenuh masa yang dijalankan di universiti terbabit melalui penawaran bilik hotel sendiri, pembuatan sendiri botol dan air mineral dan jualan hasil pertukangan tangan warga universiti

Program :
Tarikh Lawatan : 17 – 21 Jun 2011
Tempat : Universti Rajabhat Pranakorn Si Ayuthhaya , Songkla,
Thailand

Aktiviti yang telah dilaksanakan:
i. Taklimat oleh Timbalan Presiden, Universiti Pranakorn Si Ayuthhaya, Songkla
ii. Sesi ramah – mesra dengan pelajar dan kakitangan universiti
iii. Melawat Perpustakaan Universiti
iv. Melawat Fakulti Seni Halus yang menawarkan program – program seni persembahan dan pertukangan tangan
v. Menyaksikan perlaksanaan sesi pembelajaran dan pengajaran di universti
vi. Melawat Fakulti Pengurusan Hospitaliti yang menawarkan program perhotelan dan pelancongan
vii. Sesi bergambar beramai - ramai

Penghargaan:
Setinggi – tinggi ucapan terima kasih atas sokongan dan kerjasama penuh kepada pihak yang terbabit dalam menjayakan misi delegasi kali ini iaitu:

i. Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
ii. Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi
iii. Kedutaan / Konsulat Malaysia di Songkhla, Selatan Thailand
iv. Universiti Pranakorn Si Ayutthaya
v. Pengarah Kolej Komuniti Selayang
vi. Unit Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti Selayang
vii. Pegawai – pegawai pengiring Kolej Komuniti Selayang
viii. Perserta – peserta delegasi Kolej Komuniti Selayang
ix. Lain – lain pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak


 Sebahagian dari peserta delegasi  dan warga Universiti Rajabhat bergambar kenangan bersama



 Penerangan oleh Timbalan Presiden berkenaan Fakulti Seni Halus Universiti Rajabhat



 Suasana di ruang legar Fakulti Seni Halus di awal ketibaan peserta delegasi


 Suasana dalam salah satu studio seni persembahan tradisional Thailand. Ada beberapa alat muzik tradisional yang tak pernah kami lihat sebelum ini.



 Pelajar seni muzik ini sangat pandai memainkan alat tradisional ini. Moga anak muda Malaysia juga mencintai khazanah muzik tradisional kita seperti warga Thailand ini.


 Wakil universiti berkata sesuatu kepada Puan Pengarah KKSY


 Kerja tangan ini dihasilkan melalui perlaksanaan kursus pendek untuk komuniti setempat


 Saat - saat akhir program delegasi ke Universiti Rajabhat Pranakorn Si Ayuthayya


 Tempat mahasiswa beristirehat, menggalakkan mereka tidak keluar dari kawasan universiti


 Pelajar KKSY tidak melepaskan peluang berinteraksi dengan warga universiti walaupun berbeza bahasa dan budaya


Dari dalam bas:Selamat Tinggal, terima kasih kerana sudi menerima kedatangan DELEGASI KEPIMPINAN SISWA KKSY 2011

    No comments:

    Post a Comment