Dalam beberapa hari lepas, saya terbaca berita di dalam satu suratkhabar harian berbahasa Melayu berkenaan dengan penggunaan perkataan `homestay` yang dilihat akhir - akhir ini semakin kerap digunakan oleh sesetengah pihak yang menyediakan perkhidmatan tempat tidur. Mengikut berita tersebut,penggunaan perkataan homestay itu sebenarnya tidak merujuk kepada perkhidmatan tempat tidur yang ditawarkan tersebut dan pihak berwajib telah pun menasihatkan supaya mereka - mereka yang telah mengiklankan kediaman mereka sebagai homestay menukar tagline kepada perkataan lain seperti perkhidmatan penginapan,lojing dan sebagainya. Hari ini kita kerap terjumpa iklan yang menawarkan perkhidmatan penginapan oleh individu yang ingin menyewakan rumah atau premis mereka kepada tetamu - tetamu luar pada kadar harga tertentu. Pada pandangan saya berita tersebut ada kebenarannya kerana homestay yang kita faham ialah satu program yang dibangunkan oleh kementerian terbabit iaitu melibatkan tetamu tinggal SERUMAH dengan pemilik rumah, dengan syarat - syarat tertentu.Dan bukannya pemilik rumah menyewakan rumah (selain dari rumah yang sedang diduduki) kepada tetamu luar.Antara syarat yang mungkin perlu dipatuhi termasuklah bilangan bilik, bilangan ahli keluarga, bilangan bilik air dan tandas, keluasan ruang rumah, keperluan kursus - kursus berkaitan, kebenaran oleh pihak berkaitan dan juga situasi dalam rumah itu sendiri. Ini ialah berdasarkan kajian yang telah saya jalankan ke atas 5 buah homestay termasuk di Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor beberapa tahun dahulu. Pada waktu itu kajian saya lebih kepada mempelajari keunikan setiap homestay dan bagaimana satu - satu homestay itu dapat dimajukan.
Blog ini ditulis berdasarkan pemikiran penulis sahaja dan tidak menggambarkan atau mewakili apa - apa dasar dan kepentingan Kerajaan ..dari pelajar untuk pelajar, kepada pelajar..
IKLAN
Wednesday, 20 July 2011
Homestay ke Perkhidmatan Lojing?
Dalam beberapa hari lepas, saya terbaca berita di dalam satu suratkhabar harian berbahasa Melayu berkenaan dengan penggunaan perkataan `homestay` yang dilihat akhir - akhir ini semakin kerap digunakan oleh sesetengah pihak yang menyediakan perkhidmatan tempat tidur. Mengikut berita tersebut,penggunaan perkataan homestay itu sebenarnya tidak merujuk kepada perkhidmatan tempat tidur yang ditawarkan tersebut dan pihak berwajib telah pun menasihatkan supaya mereka - mereka yang telah mengiklankan kediaman mereka sebagai homestay menukar tagline kepada perkataan lain seperti perkhidmatan penginapan,lojing dan sebagainya. Hari ini kita kerap terjumpa iklan yang menawarkan perkhidmatan penginapan oleh individu yang ingin menyewakan rumah atau premis mereka kepada tetamu - tetamu luar pada kadar harga tertentu. Pada pandangan saya berita tersebut ada kebenarannya kerana homestay yang kita faham ialah satu program yang dibangunkan oleh kementerian terbabit iaitu melibatkan tetamu tinggal SERUMAH dengan pemilik rumah, dengan syarat - syarat tertentu.Dan bukannya pemilik rumah menyewakan rumah (selain dari rumah yang sedang diduduki) kepada tetamu luar.Antara syarat yang mungkin perlu dipatuhi termasuklah bilangan bilik, bilangan ahli keluarga, bilangan bilik air dan tandas, keluasan ruang rumah, keperluan kursus - kursus berkaitan, kebenaran oleh pihak berkaitan dan juga situasi dalam rumah itu sendiri. Ini ialah berdasarkan kajian yang telah saya jalankan ke atas 5 buah homestay termasuk di Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor beberapa tahun dahulu. Pada waktu itu kajian saya lebih kepada mempelajari keunikan setiap homestay dan bagaimana satu - satu homestay itu dapat dimajukan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment