IKLAN

Wednesday, 25 May 2011

MAJLIS PENGHARGAAN GRADUAN SESI JAN - JUN 2011


Majlis ini merupakan program terakhir bagi semester ini anjuran bersama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Kelab Pembimbing Rakan Siswa , Kolej Komuniti Selayang. Majlis ini dirancang sebagai satu cara bagi meraikan pelajar – pelajar semester akhir kolej ini yang akan tamat pengajian sebelum bertemu semula di konvokesyen akan datang. Selain itu, majlis ini juga merupakan platform bagi para pensyarah dan bakal – bakal lulusan Kolej Komuniti Selayang yang akan menamatkan sesi pengajian mereka untuk bertemu dan berinteraksi secara langsung dalam satu majlis yang sama. Di dalam majlis ini juga pelajar  - pelajar yang telah membantu menaikkan nama kolej dalam pelbagai bidang akan diberi pengiktirafan. Sumbangan mereka kepada kolej ini diharap akan menjadi contoh kepada pelajar – pelajar lain. Impak majlis ini dijangka bukan sahaja dikalangan pelajar ynag dirai semata – mata, malahan kepada seluruh warga kakitangan kolej. Di kalangan kakitangan, majlis ini merupakan antara lambang kejayaan mereka mendidik dan memberi ilmu pengetahuan kepada bakal – bakal lulusan dengan harapan kejayaan para lulusan ini akan dapat membantu kehidupan mereka di masa depan. Di kalangan lulusan pula, majlis ini bukanlah menunjukkan bahawa proses mencari ilmu itu telah tamat. Ianya akan terus berjalan kerana proses ini tidak akan berhenti selagi manusia bernyawa.

Objektif Perlaksanaan

1.1     Sebagai medium meraikan penamatan pengajian di KKSY untuk semua pelajar semester akhir
1.2     Menjadi tempat kepada semua pensyarah untuk memberikan kata – kata semangat dan motivasi kepad pelajar
1.3     Sebagai mengenang jasa dan sumbangan kepada pelajar yang telah membantu menaikkan nama kolej
1.4     Menjadi platform kepada pelajar untuk mendapatkan nasihat secara terus dari pensyarah sebelum mereka ke alam pekerjaan
1.5     Sebagai penghargaan kepada semua kakitangan kolej yang telah bekerja keras mendidik pelajar
1.6     Memberi peluang kepada JPP dan PRS kolej menganjurkan acara yang bersaiz sederhana besar dan berimpak positif

Aturcara Majlis

11.00pg                Pendaftaran Pelajar
11.30pg                Ketibaan Kakitangan
11.45pg                Ketibaan Ketua – Ketua Jabatan dan Pengarah
                             Bacaan Doa
11.50pg                Ucapan Oleh Pengarah
12.00t.hari            Anugerah Kecemerlangan Sukan KKSY
                            Anugerah Kecemerlangan Seni dan Inovasi KKSY
                            Anugerah Pelajar Khas Contoh KKSY
                            Anugerah Pengarah KKSY
                            Anugerah Khas Program Terbaik
12.30t.hari            Acara Cabutan Bertuah
12.40t.hari            Anugerah Penampilan Pelajar Terbaik
12.45t.hari            Makan Tengahari      
                                    Persembahan Pelajar
2.00ptg                 Majlis Bersurai


Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption



No comments:

Post a Comment