Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Menjelang sebulan sebelum kita menyambut hari bertuah 31 Ogos untuk meraikan hari kebanggaan kita, kawasan kolej ini telah pun dihiasi dengan deretan dan kibaran bendera yang megah ditiup angin dan berkibaran sepanjang waktu. Menyahut seruan kerajaan agar kita semua mengibarkan bendera sebagai tanda menghampiri Hari Kebangssan negara kita, unit HEP telah mengambil inisiatif dengan memasang Jalur Gemilang yang melambangkan kedaulatan negara ini. Dalam masa lebihkurang dua jam sahaja, kumpulan pelajar dan pensyarah yang bekerjasama memasang bendera - bendera ini mampu tersenyum puas dan berpuas hati dengan hasil usaha menyemarakkan semangat kemerdekaan di sekitar kawasan kolej ini. Malah ada juga ungkapan "ada lagi tak bendera yang belum pasang lagi?".. Tandanya mereka - mereka itu masih bersemangat untuk membantu usaha murni ini. Merah putih biru kuning warnanya, bendera kita berkibar megah.
No comments:
Post a Comment