IKLAN

Tuesday, 26 July 2011

ANTARA AGENDA HARAPAN DAN KISAH KEJAYAAN: MUNGKINKAH INI JPP YANG TERAKHIR?

Assalamualaikum, salam sejahtera semua.
Alhamdulillah, syukur kita semua kepada Allah s.w.t kerana dengan izin dan pertolongannya telah dapat kita bersama - sama menjayakan pilihanraya kampus KKSY bagi memilih pasukan JPP bagi penggal berikutnya. Selepas dua tahun saya bersama JPP di kolej ini, saya seakan semakin serasi dengan badan tunggal perwakilan pelajar ini walaupun pada mulanya saya agak kekok untuk menguruskan ia. Bermula dari pengunduran saya dari unit Latihan Industri pada 2009, dan ditawarkan jawatan sekarang, setiap penggal baru yang bermula telah memberi saya idea2 baru bagaimana untuk meletakkan JPP sebagai satu badan yang tidak hanya wujud pada namanya sahaja, tetapi benar2 wujud dalam setiap hati dan perasaan warga KKSY. Di sini juga saya mula mengenal istilah demokrasi secara teori dan praktikal, proses2 penamaan calon, kempen pilihanraya, proses membuang undi dan juga pengiraan undi. Walaupun segalanya hanya berlaku di dalam keluarga kecil KKSY dengan jumlah pelajar <1000 orang, tetapi sedikit sebanyak telah memberi impak dalam mewujudkan persekitaran demokrasi di dalam kampus. Terima kasih tidak terhingga kepada Cik Airene kerana telah banyak membantu saya mengendalikan badan ini, malah pada satu2 ketika, beliau lebih banyak bekerja dari saya dalam hal ini. Sekali lagi terima kasih Airene. Menjelang jam 4.30ptg td, sebuah badan JPP telah selamat dibentuk yang akan terdiri daripada 18 orang calon2 pilihan pelajar sendiri. Cuma apa yang bermain di fikiran saya adakah ini JPP yang terakhir? Dalam perlaksanaan program SMK yang akan 100% berjalan menjelang akhir tahun ini saya kadang kala pening memikirkan apakah mekanisma terbaik untuk mengekalkan tradisi turun temurun pembentukan JPP ini. Dengan tempoh pembelajaran SMK yang singkat antara 3-6 bulan ini,apakah kita mampu menyelesaikan masalah ketiadaan calon yang benar2 mampu mengorak langkah dalam JPP sesingkat tempoh pengajian mereka? Apa yang mampu JPP lakukan jika anggotanya cuma akan berada di dalamnya sekadar mencelupkan kaki, dan kemudian beredar selepas tamatnya tempoh SMK mereka?Adakah kita akan mampu membentuk jatidiri JPP dalam masa 3 - 6 bulan yang mana masa pertemuannya cuma sekitar sejam dalam seminggu? Mengapa sejam saja? Sebabnya kebanyakan SMK melibatkan praktikal dan pelajar akan berada dalam bengkel dalam jangka masa yang lama, tamat waktu kelas badan dah letih..

Berani saya katakan di sini jika tradisi pembentukan JPP akan mati menjelang 2012 di KKSY, seluruh kolej akan mula merasakan sunyinya persekitaran dan kehidupan mereka dari program2 menarik sepertimana telah JPP terdahulu laksanakan. Tidak akan ada lagi kemeriahan Majlis Pra - Graduan, keriangan menyambut Aidilfitri peringkat kolej, kesatuan ummah semasa program Maulidur Rasul, keriuhan suasana pilihanraya kampus, dan tidak akan ada lah kehadiran wakil2 JPP dalam mana2 acara program jemputan di luar. Kemungkinan paling tinggi, satu - satunya badan pelajar yang akan kekal selepas ketiadaan JPP kelak ialah Kelab PRS. Itupun jika kelab ini masih ada yang sayang padanya..di waktu itu kemungkinan pihak pengurusan perlu menetapkan sistem giliran, event pelajar ini, program ini yang organize, event berikutnya, program itu plak yang organize.

Selama ini, JPP banyak menolong dalam perlaksanaan event2 HEP pada peringkat kolej, sampai kadang2 dah bagaikan buruh kasar kami mengangkut barang2 untuk persiapan event, tp tu semua akan terubat bila event tersebut menjadi. Sekarang ini saya cuma sedang menantikan saat sekiranya JPP sudah tida lagi riwayatnya di KKSY, saya mahu siapa lagi yang akan membuat kerja2 persediaan event2 peringkat tersebut. Jika ada jemputa2 dari pihak luar yang memerlukan audience, siapakah yang akan memenuhkan bas kolej ke jemputan tersebut.Ramai tahu JPP ada terlibat dengan aktiviti seperti perkhemahan, kem kepimpinan dan sebagainya anjuran HEP sendiri , tp tak ramai yang tahu JPP juga perlu memenuhi jemputan hujung minggu, lewat malam dan waktu kelas. Ini semua memerlukan pengorbanan mereka2 di dalam JPP. Sekiranya JPP telah tiada lagi di KKSY, terpaksalah saya meletakkan semula diri saya secara tetap dan sepenuh masa di e-tech center, portfolio kedua saya di KKSY. Bagi penggal baru ini, kami telah meletakkan empat agenda penting untuk dicapai oleh pasukan JPP saya iaitu menjayakan penerbitan buletin aktiviti pelajar,menghidupkan semula fungsi papan kenyataan dan pejabat JPP sebagai pusat sehenti informasi pelajar, melupuskan jurang antara pasukan JPP dengan pelajar2 lain dan yang terakhir menjadikan JPP KKSY sebagai penanda aras kepada badan - badan pelajar dari institusi lain.Sekiranya keempat - empat agenda di atas akan dapat dicapai menjelang 2012,pada pandangan saya,  saya sudah boleh tidur lena kerana agenda2 tersebut akan meletakkan JPP yang bekerja bersama - sama saya di mata warga kolej sebagai satu organisasi yang lebih mantap dan berbaloi ditubuhkan.
Pelajar yang keluar mengundi adalah seramai 348 orang daripada 441 pelajar yang berdaftar.  Peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 78.91%.

Berikut adalah kelas yang 100% hadir mengundi:

1) Animasi 2D - Pensyarah Kelas: Puan Umawathy a/p Technamurthy
2) SHK 4B - Pensyarah Kelas: Encik Nor Asfarul Lail Azwan Bin Haris
3) KHK 4 - Pensyarah Kelas: Encik Mohd Khaidir Bin Che Hassan
4) SAN 4 - Pensyarah Kelas: Cik Sharifah Nor Azimah Binti Wan Mohamad
5) Animasi 3D - Pensyarah Kelas: Puan Siti Zubaidah Binti Mohd Zuhari
6) Pastri - Pensyarah Kelas: Encik Muhammad Fauzi Bin Ishamuddin

TAHNIAH buat pelajar-pelajar serta pensyarah berkenaan dan tidak lupa kepada PENSYARAH MODUL yang memberikan kebenaran untuk hadir mengundi !!!

Tidak lupa juga kepada AJK Daftar Pemilih, Penamaan Calon, Kempen dan Pembuangan Undi.

Kepada pasukan JPP baru saya mengucapkan tahniah kerana anda telah terpilih dan kita sama2 akan berusaha menjadikan agenda harapan kita di atas sebagai kisah kejayaan kita bersama, walaupun mungkin.........................ini JPP YANG TERAKHIR DI KKSY.
Selamat Malam.

No comments:

Post a Comment