IKLAN

Friday, 22 July 2011

Kenapa dia rasa dia besar sangat???

Assalamualaikum semua..salam sejahtera

Entri kali ini saya nak kuar skit dr aktiviti pelajar2 di kksy, sbb nak bg laluan pada isu kes kemalangan membabitkan kenderaan besar dengan kenderaan kecil di jalanraya negara kita.
Secara am nya saya pernah pandu hampir semua jenis kenderaan darat kecuali jentera. Saya seorang pemandu bas sebelum nie, pastu pernah gak jadi pemandu lori kargo, pandu keta dah tentu lah, malah menunggang motosikal hampir setiap hari ulang alik ke tempat kerja dalam lingkungan jarak perjalanan 53km sehala. so saya tahu mcm mana pengalaman memandu setiap kenderaan di atas. Baru2 nie saya menaiki sebuah bas ekspress dr lembah klang ke melaka utk pulang ke kampung, dapat seat dpn sekali, boleh nampak jelas kenderaan di dpn dan gelagat pemandu bas ekspress tu sendiri. tup2 sampai di satu tempat, berlaku satu kemalangan, sebuah bas ekspress lain telah melanggar belakang sebuah kereta di lorong laju lebuhraya. keadaan waktu tu baru lepas hujan, dan permukaan jalan sangat licin, cukup untuk tayar bas menggelongsor jika tekan brek kuat sangat. pemandu bas yang saya naik nie plak marahkan keta yang telah dilanggar belakangnya oleh bas td, kononnya memandu terlalu perlahan di depan bas. saya pun terpikir, yang langgar dr belakang ialah bas td, kenapa keta tu plak yang salah? si pemandu bas yang saya naik ni plak mula bercakap (cakap sorang2 sambil memandu) tentang bahaya jika memandu kerata dpn bas, keadaan brek bas yang menggunakan angin dan sebagainya.antara ayat yang saya dengar dan masih ingat ialah "jangan nak memain duduk depan bas, kitorang ni laju, brek pun lain macam skit".. persoalannya kalau dah tahu brek angin bas tu amik masa untuk grip dram bas tu,ataupun dah tau bebas bas yang berat akan mempengaruhi sistem brek tu, kenapa perlu pandu laju dalam keadaan jalan yang basah? pada saya kalau bas tu dipandu tidak melebihi 90km sejam, kemalangan td dpt dielakkan.ini pengalaman saya sendiri, tp tak pasti lah kalau brek untuk enjin Hino yang saya pandu dulu tak sama dengan Hino bas2 sekarang.lagi satu saya hairan mcm mana bas td boleh berada di lorong laju, pada hal kelajuan 90km sejam sepatutnya berada di lorong kiri..ini menandakan bas td sebenarnya dipandu laju, dan bukan kereta tu yang dipandu perlahan. itu kes lain. di Selayang lain plak kes nya, sejak 5 tahun ulang alik Shah Alam ke Selayang dgn motor, dah banyak kali gak bas henti2 dari  satu syarikat nie main keluar jer masuk semula ke lorong utama selepas berhenti di bus stop. Sampai kadang2 tue sampai nak digeselnya kita yang dtg dr arah belakang nie..apa yag saya pasti, pemandu2 tu biasanya cuma pasang signal kanan dan terus tekan minyak masuk lorong semula, tak tau lah kalau2 diorang nak cpt sbb nak kejar komisen ataupun tak tahan nak buang air. Di lebuhraya pun kadang2 ramai kenderaan2 berat ni mengekori kereta kita terlalu dekat, kdg2 kita yang takut dibuatnya..kalau dia langgar kita,kalau kita boleh kita saman dia balik, sy ingat belum tentu diorang boleh bayar, cuma kesian kat anak bini diorang. Kalau setakat saman polis 300 mungkin diorang tak takut, duit ayam dan duit org kirim barang untuk sebulan jer dah blh cover. Saya renung2 kan balik, ada beberapa sebab sesetengah diorang ni mcm tak hargai nyawa pengguna2 kenderaan kecil , padahal di luar waktu kerja mereka, mereka juga penunggang setia motor kapcai atau pemandu keta buruk mcm saya gak. antaranya ialah

  1. bas / lori tu bukan diorang punyer,tokey yang punyer,  setakat langgar keta, hantar worksyop bikin body, simen skit2, spray layang, dah setel
  2. kalau langgar pun diorang tak apa2, org dpn yang separuh mati kena langgar dr belakang
  3. saman polis sbb langgar belakang membabitkan kenderaan berat murah sangat, bila2 boleh setel, kalau anak emas, tokey payung kan time nak renew lesan memandu atau lesen vokasional
  4. ada yang nak tunjuk lagak kononya bawak bas/lori ni lesen besar, tak ramai org ada..tak pyh berangan lah. kalau itu sikap yang ada, tak guna JPJ bg ceramah pemanduan berhemah masa kursus nak buat GDL atau PSV
  5. nak kejar masa, takut jem kt  tol, takut tak sempat nak makan kt bus stand, takut trip lari, nnt blh dpt trip senang, tkt trip yg elaun tinggi dapat kat driver lain.mcm2 alasan.
  6. nak tunjuk gentlemen, konon2 nya cik abang cekap kat jalanraya, tmbh2 kalau ada anak dara dok kat seat dpn
  7. tak sedar yang dia tu pun kalau bukan time bawak bas, mcm sy gak bwk motor buruk, bila bas dh parking kt depoh, capai motor jugak balik rumah, cuba time dia bwk motor bas lain cucuk dia dr belakang, apa perasaan ?
  8. tak ingat pada tuhan, kita hidup sesama manusia nie hendaklah bertolak ansur..hari ni diorang buat pengguna jalanraya lain, esok lusa, darah daging dia atau dia sendiri masuk bwh tayar bas/lori baru dia ingat dunia
so pada yang ada sikap2 suka membahayakan org lain tu sedar2 lah skit, ini tidak, dh sondol org lain, brek, tayar, stereng, enjin,itu semua yang dijadikan penyebab dan alasan. masa tu lah nak bukak balik rekod puspakom, power stereng bocor lah,stereng jem lah, brek bocor lah, dram brek retak lah, brek dah rendah lah, keadaan jalan lah..mcm2 lah jawapannya. kalau dah tau jalan tu byk selekoh, tak ada kaki lima,kawasan turun bukit,buat apa tekan laju2.tu pun masih ada yang mengaku tak bersalah.dah ramai org yg mati tengah jalan , time tu lah sibuk nak cr peguam bela diri kt mahkamah, pada yg dh kehilangan ahli keluarga ni plak aper citer?habuk pun tak der. si pemadu bas/lori ni td paling kuat pun lesen gantung, saman..bila dah setel balik semula atas jalanraya.kalau dah suruh uji brek, guna gear rendah, ikut lah nasihat, kerajaan bukannya nak menyusahkan tp nak selamatkan nyawa..mintak maaf pada yang terlibat, bukan niat nak mengata tp ini hakikat sbb sy juga satu masa dulu mcm awak semua, 5.30pg dah panaskan enjin bas/lori, mlm nnt kol 11 br abis kejer, siap2 sapu bas, kol 12 br sampai rumah, esok kol 5pg bangun semula.Assalamualaikum, selamat malam.

No comments:

Post a Comment