IKLAN

Tuesday, 9 August 2011

PERGINYA PENGASAS KELAB `FIRE AND ICE` KOLEJ KOMUNITI SELAYANG


Suasana sahur warga KKSY pagi semalam 8 Ogos 2011 dikejutkan dengan berita kematian seorang daripada bekas pelajar kolej ini, Aminuddin, dari program Hotel dan Katering. Merupakan pelajar kumpulan pertama Program Hotel dan Katering, ambilan Januari 2007. Saya cukup mengenali Allahyarham kerana merupakan Penasihat Akademik kepada Allahyarham dan kelasnya sepanjang mereka berada di kolej ini iaitu kelas SHK (A). Pada masa yang sama saya turut menguruskan sesi Latihan Industri Allahyarham di Hotel de Palma Ampang dan Hotel Pullman Putrajaya memandangkan pada waktu itu saya juga memegang portfolio Penyelaras Latihan Industri bagi Unit Hotel dan Katering. Dari berita tidak rasmi  yang kami terima, Allahyarham meninggal dunia disebabkan kecederaan akibat kemalangan di kawasan Selayang, tempat sebenarnya tidak dapat saya pastikan. Jam 9.00 pagi, beberapa warga kerja dari kolej ini telah meluangkan sedikit masa menziarahi jenazah Allahyarham di Hospital Selayang. Di Unit Forensik, kami semua berpuluang menatap wajahnya buat kali terakhir. Tidak saya sangka selepas hampir setahun tidak bertemu dengan Allahyarham, pertemuan kali ini merupakan pertemuan yang terakhir dan tanpa suara. Wajahnya tidak berubah seperti saya kenal dulu walaupun telah ditutupi kain putih bekal untuk menghadap Allah s.w.t. Allahyarham agak dikenali di kalangan pensyarah, terutamanya pensyarah2 Hotel Katering, dan juga para pelajar di kolej ini memandangkan diri nya yang merupakan `public figure` suatu masa dulu di kolej ini. Allahyarham kuat menyokong pasukan bolasepak kolej, malah berusaha kuat menubuhkan pasukan penyokong (Fan Club) di kolej. Bagaimana pun tidak semua yang tahu bahawa Allahyarham juga merupakan pengasas `KELAB FIRE AND ICE`, sebuah kelab dalaman khas untuk pelajar2 Hotel Katering. walaupun kelab ini tidak bertahan lama dan akhirnya berkubur, tetapi nama kelab ini tetap terpahat di hati pensyarah2 Hotel Katering.

Al - Fatihah untuk Allahyarham.

1 comment: