IKLAN

Wednesday, 20 July 2011

PROGRAM MUTIARA PILIHAN KK WILAYAH SELANGOR EDISI 2011

Homestay ke Perkhidmatan Lojing?


MARI MENABUNG DI TABUNG HAJI






ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA
 
Dimaklumkan bahawa kaunter Tabung Haji akan dibuka pada ketetapan seperti berikut:
 
Tarikh: 26 Julai 2011
Hari: Selasa
Masa: 9.00 Pagi- 2.00 Petang
Tempat: Bilik Tetamu Aras 3
 
Pembukaan akaun hanya memerlukan deposit RM 2 SAHAJA. Jika tuan/Puan berhajat untuk membuka akaun untuk anak-anak, sila bawa bersama Sijil Lahir anak tuan/puan.  Mohon Pensyarah-pensyarah untuk mewar-warkan perkara tersebut kepada para pelajar. Terima Kasih.
 
 
Yang Menjalankan Tugas,
Pengerusi Kelab Kebajikan Staff.

Tuesday, 19 July 2011

Penubuhan Kelab Rukunegara Kolej Komuniti Selayang

Unit Hal Ehwal Pelajar KKSY, melalui Jawatankuasa Perwakilan Pelajar kini sedang giat menubuhkan Kelab Rukunegara di kolej ini selaras dengan usaha untuk membantu rakyat negara ini khususnya di kalangan pelajar KKSY supaya lebih mengenali negara kita yang tercinta ini di samping memupuk rasa cinta kepada tanah yang bertuah ini.Keahlian kelab akan dibuka kepada semua pelajar dan tiada syarat untuk menyertainya. Beberapa agenda telah disusun agar penubuhan kelab ini dapat memberi impak dan tidak sekadar pada namanya sahaja.


Maka kami rakyat Malaysia ,berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut :-
  • Kepercayaan kepada Tuhan

  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara

  • Keluhuran Perlembagaan

  • Kedaulatan Undang-undang

  • Kesopanan dan Kesusilaan


Antara agenda utamanya ialah usaha memupuk semula semangat cinta dan hormat pada tanahair ini.Ini penting supaya tidak ada warga negara ini yang lupa asal usul kita, tidak mengenang perjuangan tokoh - tokoh terdahulu, malah wujudnya sikap suka menghina negara sendiri. Banyak perkara - perkara penting tetapi dianggap remeh dalam dunia hari ini, terutama anak - anak generasi terkini. Tidak ramai yang tahu sejarah kemerdekaan negara ini, malah memandang sepi kewujudan  Tugu Negara, Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan, Muzium Negara dan sebagainya. Malah mungkin tidak ramai yang tahu besarnya jasa Lapangan Terbang Batu Berendam dan Padang Pahlawan di Melaka kepada nasib kita hari ini sebagai rakyat Malaysia. Walaupun kini Lapangan Terbang tersebut bukanlah pusat pendaratan pesawat terunggul, tetapi sejarahnya terhadap kemerdekaan negara tidak boleh dinafikan. Tidak ramai juga yang tahu sebuah pusat membeli belah di Bandar Hilir tempat kita semua bersuka ria berbelanja di hujung minggu, di situlah tapak berlangsungnya peristiwa pengisytiharaan kemerdekaan. Di sana lah berpijaknya pemimpin - pemimpin kita dan datuk - nenek kita suatu ketika dahulu meraikan apa yang kita sedang kecapi hari ini. Kalau kita hayati betul - betul sejarah kemerdekaan negara, mungkin tidak akan ada orang yang tergamak mempersendakan lagu kebangsaan kita, mungkin tidak ada yang berani mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan kita, mungkin tidak akan ada yang sanggup mengenepikan Raja - raja Melayu dan mungkin tidak berlaku golongan ibu yang melahirkan tuan sendiri.

BARISAN JPP KKSY PENGGAL 2011 / 2012


MAJLIS PERASMIAN PROGRAM LATIHAN SATU MALAYSIA SATU HULU LANGAT


Thursday, 7 July 2011

SEJUTA PENGHARGAAN UNTUK SEMUA BEKAS JPP SESI JAN - JUN 2011

Secara peribadinya saya selaku Penyelaras Jawatankuasa Perwakilan Pelajar KKSY mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua bekas - bekas ahli jawatankuasa ini yang telah banyak membantu saya dalam segala hal dan aktiviti berkaitan organisasi ini dari awal pembentukannya hingga ke saat ini. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam cara saya bekerja dan menguruskan jawatankuasa ini yang mana mungkin pernah membuatkan anda semua tidak selesa bekerja bersama saya. Saya mendoakan agar semua bekas ahli yang akan meninggalkan kolej berjaya dalam hidup dan pilihan kerjaya masing - masing.