Bermula bulan Julai lepas, sekarang dah masuk bulan ke3 KKSY PERCUSSION ditubuhkan..training pun dah nampak kesannya, hasil pun dah mula ada, minat pun dah mula lekat,show pun dah buat sekali masa MAJLIS SANTAI RAYA BERSAMA ASTRO, sekarang masa nak tingkatkan kualiti dan dalamkan lagi pengetahuan yang ada..Syukur Alhamdulillah, dengan sokongan pihak kolej, dan tunjuk ajar cikgu2 percussion kami yang memang tak dinafikan tahap kemahiran mereka semua, kini KKSY PERCUSSION dah mula melangkah..mungkin jauh lagi untuk menjadi sebuah team yang mampu bergerak sendiri tp harapan kami agar team ini akan mampu pergi lebih jauh dan tidak terhenti setakat tahun ini sahaja.ada 13 pelajar dan 5 kakitangan yang menyertai kumpulan percussion kami ini..kalau ada lg alat2 yang akan sampai kemudian maknanya terpaksa lah kami cari orang lagi sebagai tambahan, tidak nnt saper pulak yang nak main alat2 muzik yang baru sampai tu nnt. Kami sangat beruntung dapat belajar dengan cikgu2 yang pada kami ini lah orangya yang tepat kalau nak cari cikgu percussion. Cikgu2 nie semua sangat pemurah dengan ilmu yang mereka ada, cuma kami nie jer yang perlu ambil masa untuk belajar semua yang diajar.Selain diajar bermain alat2 tersebut, perkara2 sampingan juga didedahkan berkaitan dengan kehidupan dan muzik, aturcara pentas untuk show malah macam mana nak berikan kelainan kepada persembahan juga diajar..
Buat masa ni latihan ialah pada setiap hari, jam 6.30ptg hingga 9.30mlm, tp biasanya cikgu2 ni akan lajak kan sikit masa latihan tue, sbb kata cikgu2 nie selagi perform kurang sempurna, kena try lg..sampai betul menjadi. Istilah latihan setakat ada bunyi dan ala kadar mmg tak wujud. Kalau nak tidur pun malam tu biarlah tidur dengan hati yang lapang dan gembira, tambahnya lg. Memang betul pun apa yang cikgu2 ni cakap, kita tak sepatutnya mudah berpuas hati dengan apa yang ada walaupun kita tau benda tu tak sempurna. Lg satu pesan cikgu, main percussion ni kami semua kena `alert`, maksudnya kalau dah buat silap masa `beat` atau apa sajer, kena sedar yang kita dah buat silap, jadi boleh nampak apa yang perlu diperbaiki.
Syok dengar team percussion kksy perform malam tue...menghiburkan semua.
ReplyDelete