IKLAN

Thursday, 15 September 2011

Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri KPT 2011

Pada 12 September (Isnin) yang lepas, beberapa warga kolej ini telah berkunjung ke majlis hari raya anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya. Turut serta di dalam kunjungan ini ialah 20 orang pelajar pendidikan khas (masalah pendengaran dan masalah pembelajaran) manakala kakitangan pula disertai oleh En Ramli, En Khaidir, Pn Maslina, En Amran, En Hafrie, Pn Maslina, Pn Fatimah Zahra, Cik Airene dan Cik Haszalina. Suasana di sana sangat meriah dengan jumlah tetamunya yang ramai, juadahnya yang pelbagai, penyambut tetamunya yang ramah, ruang makannya yang cukup, atucaranya yang menarik dan persembahan selingannya yang memikat hati. 
Insyallah tahun hadapan jika mendapat jemputan lagi kami akan bersedia berkunjung ke majlis seumpamanya.
Kakitangan dan pelajar - pelajar program khas Kolej Komuniti Selayang
sempat bergambar dengan Menteri Pengajian Tinggi di lobi bangunan KPT
semasa berkunjung ke majlis hari raya kementerian tersebut baru - baru ini

No comments:

Post a Comment