IKLAN

Wednesday, 5 October 2011

Kisah Keropok, Kerepek dan Kuala Terengganu


Dalam duduk - duduk bersendirian selepas makan tengahari baru2 ni, tiba - tiba saya teringat satu kisah yang berlaku kira - kira enam tahun dahulu, yang dialamai bersama - sama seorang rakan, yang mana rakan tersebut pun tak dapat saya hubungi lagi sampai sekarang, selepas masing - masing bertukar tempat kerja dan mebawa haluan masing - masing. Kisahnya nampak biasa tapi ada perkara yang boleh diambil iktibar dab dijadikan peringatan atau pengajaran jika kita mengalaminya. 

Cerita bermula apabila kami berdua mendapat tanggungjawab membuka `booth` promosi di Kuala Terengganu sempena karnival yang diadakan di sana. Kami berdua bertugas di sebuah syarikat perkhidmatan di Subang Jaya pada waktu tu. Jadi kami mengambil keputusan untuk ke sana dengan menaiki bas ekspres sahaja memandangkan masa yang diberi hanya 3 hari dan agak letih untuk memandu kereta sendiri. Selepas semua perancangan dibuat kami pun pergi membeli tiket bas ekspres untuk perjalanan ke Kuala Terengganu di satu perhentian bas ni.beberapa hari sebelum bertolak, kami beli tiket untuk perjalanan 11.00 pagi 22 Mac 2006 ke Kuala Terengganu. Selepas beli tiket saya tanya kawan saya tue (sbb tiket dia yang beli dan dia juga yang simpan) samada dah periksa ke tidak tarikh dan masa pada tiket tue, dia jawab ok..semua betul. Saya pun diam. Pada hari perjalanan, kami pun ambil teksi dari pejabat terus ke Hentian Putra , tempat kami nak naik bas tersebut. Sampai Putra, saya terdetik nak tengok tiket tersebut..terkejut saya bila saya tengok tiket tu sbb tarikh perjalanan yang tercatit pada tiket tu sebenarnya 23 Mac 2006. masanya sama, jam 11.00 pagi..kalau sy terkejut, kawan ni lagi lah terkejut sbb kalau tak jadi pergi hari tu dia yang kena menjawab dengan bos nanti. Kami ke kaunter, mintak tukar tarikh, nasib baik dapat, perjalanan untuk hari tu jugak cuma masa nya jam 12.00 tengahari sbb bas jam 11.00pagi dah penuh tempat duduknya. Selesai satu masalah. Dah setel semua kami g makan kat tingkat atas hentian. Kenyang. Pengajarannya lepas ni kalau beli tiket bas tu tengok lah betul - betul masa dan tarikhnya.

Jam 7.00 malam kami sampai Kuala Terengganu. Turun jer bas beberapa pemandu teksi datang dapatkan kami, tawarkan kenderaan masing - masing untuk hantar kami. Kami pilih satu abang nie, hantar kami ke satu resort di Batu Buruk. Kami janji dengan dia, untuk kemudahan kami, kami mintak dia datang dan hantar kami tiap - tiap hari antara resort tersebut ke tempat karnival tu dan sebaliknya. Jadi kami pun bayar lah ikut harga yang telah dipersetujui bersama. Semuanya berjalan lancar. Sampai hari terakhir sebelum balik ke KL, bas bertolak jam 10.00 malam, jadi kami ambil kesempatan pagi tu berjalan kaki sekitar Bandar Kuala Terengganu. Sampai di Pasar Payang kami lepak lama sikit, sambil round - round tengok barang. Saya beli keropok. Kawan beli kerepek. Sebab tak beli barang lain dan duit pun ada lebih, banyak jugak lah keropok dan kerepek yang kami beli. Penuh tangan kiri kanan. Masa tu memang tak teringat langsung yang kami ni datang ke pasar tersebut dengan berjalan kaki, pastu lepas keluar pasar nanti nak g berjalan - jalan lagi sekitar Bandar tengok - tengok kedai apa yang ada. Sbb kalau tengok barang2 yang kami beli memang macam datang naik kereta. Tangan lenguh tak payah cakaplah. Kalau tengok gaya memang mcm kami ni ada bisnes jual keropok kerepek lah,..

Dah dekat masuk Zohor, kami pun jalan kaki lagi dengan keropok dan kerepek penuh di tangan cari masjid atau surau yang ada. Jalan punya jalan jumpa lah satu masjid ni sederhana jer saiznya. ada beberapa jemaah sedang solat, lepas rehat jap kami pun solat Zohor. Lepas solat, saya terfikir balik macam mana agaknya saya nak bawa semua keropok dan kerepek ni berjalan keliling bandar dengan tangan penuh oleh bungkusan, berat pulak tu. Lama gak saya termenung dalam masjid tu. Orang ingat berwirid lama sangat rupanya tengah cari idea macam mana nak selesaikan masalah. Saya datang pada kawan saya tanya pendapat dia. Dia cakap takper kita angkut jer, tak berat mana pun.Lg sekali saya terkejut , biar betul budak ni nak angkut semua g bawak jalan - jalan. Idea datang lagi, kita makan habiskan jer separuh keropok dan kerepek yang dah masak tu, ringan sikit. Larat ker nak abiskan? Idea ni langsung tak membantu. Orang lain lunch makan nasi, kami takkan nak lunch makan keropok dan kerepek jer. Matahari dah terik atas kepala. 

Tup - tup saya nampak sekawan budak sekolah lelaki, masuk dalam masjid. Mereka pun nak solat nampak gayanya. Idea saya datang lagi. Kawan saya tanya saya nak buat apa dengan budak - budak tu, nak mintak tolong angkut ker? sy jawab nnti aku bgtau. Lepas solat budak - budak tu turun pakai kasut balik, saya datang dan  tanya diorang nak g mana..diorang jawab nak balik rumah. Ini dah bagus. Saya keluarkan separuh keropok saya, sampai lah beban beratnya jadi ringan, saya bagi pada budak - budak tue, sedekah kat diorang samada nak makan atau nak bawak balik. Mereka pun terkejut gak mula - mula, boleh pulak ada  orang yang sedekah keropok kat masjid tengah - tengah hari nie. Bila kawan saya tengok berat bungkusan keropok saya dah jadi ringan dia pun terfikir mcm saya, nak bagi separuh kerepek - kerepek yang dia dah beli dekat setengah bonet tadi pada budak - budak tue. Budak - budak tu cakap tak per lah bang, nie pun dah banyak nie..diorang pulak cadangkan kat kitorang tinggalkan jer kerepek - kerepek tu kat masjid tue, nanti saper - saper yang datang boleh ambil. Tp saya terfikir, ada ker org yang nak ambil nanti? fikir punya fikir, datang pulak orang lain..selamat kerepek - kerepek tue. Masalah pun dah selesai.

Malam tu kami naik bas balik ke KL dengan tenang..sbb beban berat pun dah kurang, badan pun dah letih..Cuma satu jer saya dok risau sangat, sbb dalam bas tu ada buka tv, siaran perlawanan bolasepak..si pemandu ni pulak sekejap - sekejap toleh atas tengok tv..walaupun dah tengah malam dan tak laju dia drive tp takut gak kita tengok..mana tau tup2 ada lembu ker, org kampung ker, kura - kura ker atau mat rempit yang melintas depan bas tu dan dia tak perasan, takkan ker teruk nanti kena lenyek. Sampai area Cherating, tukar pemandu baru saya lega, dah boleh tidur nyenyak. Bangun - bangun dah sampai Greenwood berhenti turunkan orang.

Jadi itu lah kisahnya kami masa ke Kuala Terengganu. Jadi lepas ni kalau ke sana beli keropok dan kerepek ingat2 lah sikit barang2 yang nak beli..nak beli banyak tak kisah, tp bab  nak mengangkut tu kena ingat jugak. Kalau kita ni g sana bawak lori kargo ker boleh lah borong semua, tp kalau setakat guna tulang empat kerat ni agak2 lah sikit..

No comments:

Post a Comment