Program SAYA ANAK MALAYSIA ini merupakan aktiviti yang dijalankan untuk merayakan bulan kemerdekaan. Antara lain tujuannya ialah untuk mengukuhkan identiti sebagai rakyat Malaysia dan menanamkan semangat patriotik dalam diri individu tersebut. Program ini telah selamat dijalankan pada 8 September 2011 bertempat di Kolej Komuniti Selayang dan Dataran Merdeka.
Terdapat pelbagai aktiviti dan pertandingan yang telah dijalankan pasa program ini termasuk SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN, SUARA PATRIOTIK, PHOTOTON PATRIOTIK DAN LUKISAN PATRIOTIK. Pemenangnya pula telah dicalonkan untuk mewakili kolej ke PROGRAM RAKYAT PATRIOTIK (RAPAT) 2011 yang akan diadakan di Kolej Komuniti Jasin pada 30 September - 2 Oktober 2011.
Objektif:
- Menanam sikap cintakan negara
- Menggalakkan pembinaan budaya 1 Malaysia
- Mencungkil bakat2 terpendam pelajar
No comments:
Post a Comment