IKLAN

Thursday, 11 August 2011

CELOTEH KETUA PENGARAH DI KKSY: SANTAI TAPI PENUH PENGISIAN

Hari ini 11.8.2011, Ketua Pengarah JPKK telah sudi hadir ke KKSY bagi memberi taklimat ringkas (walaupun ia sebenarnya penuh dengan input) kepada warga akademik kolej. Kebanyakan isi kandungan taklimat lebih menjurus kepada perlaksanaan proses PnP di kolej ini. Melalui taklimat ini, maklumat yang sebenarnya , yang selama ini ramai warga tertanya2 isu2 disebalik perlaksanaan program modular dan penarikan balik program diploma WBL terjawab, dari mulut bos Kolej Komuniti sendiri, tanpa melalui orang tengah.
 Antara persoalan yang terjawab, yang dapat saya coretkan mengikut kefahaman saya antaranya ialah

mengapa sistem modular menggantikan sistem persijilan 2 tahun?
  • bagi memenuhi dasar sistem pendidikan di kolej komuniti yang sepatutnya fleksibel, kalau dulu pelajar mesti habiskan pengajian dalam tempoh 2 tahun baru dapat sisjil, kini dalam 3 - 6 bulan saja dah boleh dapat sijil modular kebangssan, kalau nak sambung lagi boleh, nak terus kerja pun boleh
  • kalau dulu sijil 2 tahun ramai golongan pekerja yang tak boleh sambung pengajian sebab perlu bercuti selama 2 tahun untuk belajar di kolej komuniti, kini dalam 3 - 6 bulan saja dah boleh tamatkan pengajian, selain dari hadir kursus PLSM di hujung minggu
  • beri byk peluang kepada pelajar untuk membuat pilihan mengikuti modul khusus yang mereka minat sahaja, tak perlu belajar keseluruhan kemahiran@modul dalam satu2 bidang tertentu . Kalau nak jadi penyambut tetamu, amik modul penyambut tetamu saja, tak payah belajar masak, kemas bilik macam yang terdapat dalam sistem persijilan 2 tahun penuh. dah terbukti manusia boleh dapat kerja kalau cuma ada satu kemahiran sahaja.
  • supaya kemudahan2 yang ada di kolej dapat digunakan sepenuhnya sbb kebanyakan proses PnP modular berada di dalam bengkel

mengapa diploma WBL tidak diteruskan?

  • dasar penubuhan kolej komuniti bukan untuk menawarkan DIPLOMA, cuma sijil saja, ini dah termaktub dalam dasar penubuhannya. Cuma Politeknik dan IPT saja yang boleh tawarkan kursus peringkat DIPLOMA, kalau buat jugak boleh dikira melanggar peraturan sediada.


apa hala tuju lepasan sistem modular selepas ini?

  • Kini: lepasan modular boleh terus kerja
  • Dalam perancangan: lepasan modular boleh sambung ke peringkat Terminal Diploma (seakan2 diploma Executif), mengikut Ketua Pengarah perbincangan telah dijalankan dengan IPT berkenaan). Cuma diploma ini bukan lah untuk sambung ijazah tp untuk bekerja.jadi dah dapat diploma tersebut boleh lah mula bekerja, tapi kalau nak pergi ke peringkat yang lebih tinggi kena mula dari bawah lah mengikuti semula bidang pengajian secara lebih akademik, tp nak kena tengok lah jugak keputusan SPM masing2 samada layak atau tidak. Asasnya kalau SPM ok, dapat jer keputusan SPM, masuk terus ke Poli atau IPT, tak perlu lah lagi datang ke kolej komuniti untuk belajar modular, kecuali untuk tujuan re - skilling, up - skilling dan multi - skilling (PLSM). Jadi bagi anak2 di luar sana , belajar lah rajin2 supaya keputusan SPM kita ok dan dapat masuk IPT dengan mudah.


apa peranan warga akademik di peringkat kolej komuniti?

  • laksanakan dasar yang telah ditetapkan
  • bagi motivasi kepada pelajar kita bahawa tak dapat masuk IPT bukan bermakna tak pandai dan gaji tak boleh besar, kerja pasang jubin, buat network cabling, silap2 gajinya lebih tinggi dari gaji pensyarah, sesetengah kemahiran macam nie boleh dapat kat kolej komuniti
  • bagi maklumat yang betul dan tepat kepada masyarakat tentang konsep dan dasar penubuhan kolej komuniti
  • jadi seorang PENULIS bahan ilmiah, dan pembacanya disasarkan bukan sahaja di kalangan organisasi sendiri, tetapi organisasi luar.

apa peranan ibupejabat kolej komuniti dalam membantu melahirkan golongan pensyarah kolej komuniti yang lebih berdaya saing?

  • buat kolaborasi dengan IPT supaya golongan ini dapat dipersijilkan dan lebih diperakui
  • beri laluan untuk buat pembentangan samada di dalam dan luar negara
  • galak kan pertukaran atau pergerakan ke arah yang lebih baik samada untuk pembangunan diri sendiri atau pun organisasi

No comments:

Post a Comment