Walaupun dah hampir sebulan Puan Pengarah baru melapor diri di KKSY, belum terlambat rasanya kami keluarga kecil Jawatankuasa Perwakilan Pelajar mengucapkan selamat datang ke kolej yang sangat kami cintai ini. Kepada mantan Pengarah, Tuan Haji Azmi, kami mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sabar membimbing kami selama tempoh menjadi Pengarah di KKSY.
Di samping itu, kami juga mengalu - alukan kedatangan Pegawai Hal Ehwal Pelajar (PHEP) yang baru, Puan Rahah, dengan harapan kedatangan Puan akan dapat menjadi pemudahcara kepada perjalanan aktiviti dan program - program Jawatankuasa ini.
Di sini pihak Jawatankuasa juga ingin merakamkan setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Cik Rini yang terpaksa melepaskan jawatan beliau dalam JPP KKSY sebagai Penyelaras Keusahawanan kerana ada tuntutan tanggungjawab yang lebih besar yang perlu beliau sandang di kolej ini. Segala usaha dan penglibatan beliau selama bersama JPP tidak akan dilupakan, malah akan selalu dijadikan sebagai contoh di masa hadapan.
Kepada Puan Norliza, segala apa yang Puan curahkan kepada kami selama ini sangat dihargai, dan kami berharap supaya panduan dan tunjukajar yang diberikan tidak berhenti setakat hari ini, tetapi berterusan hingga bila - bila selagi diizinkan Tuhan.
No comments:
Post a Comment