Di salah sebuah rumah pelajar lelaki
Pada petang td juga telah berlangsung program lawatan ke kediaman sewaan pelajar di blok Batai dan Jelutong, Selayang Heights.Lawatan yang bertujuan untuk mendalami kehidupan dan kebajikan pelajar KKSY ini telah disertai oleh Puan Pengarah KKSY, beberapa pegawai dari unit HEP, ahli2 JPP dan sekumpulan pelajar2 KKSY.Sebanyak lima buah rumah pelajar telah sempat dilawati dalam masa lebihkurang dua jam. Termasuk dalam kediaman yang dilawati ialah rumah pelajar khas hotel dan katering.Sepanjang lawatan, pihak pengurusan telah menemubual penghuni rumah - rumah ini berkenaan dengan keselesaan, keselamatan dan kebajikan mereka semasa menghuni rumah tersebut. Juga mendapatkan maklumat dari pelajar sejauh mana hubungan dan komunikasi mereka dengan jiran tetangga serta komuniti setempat. Lawatan ini secara tidak langsung telah memberi sedikit gambaran awal kepada pihak pengurusan kolej tentang kehidupan pelajar ini selepas waktu kuliah dan semasa cuti semester. Pihak JPP mengharapkan supaya lawatan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan objektif yang sama.
tahniah
ReplyDeleteini adalah 1 langkah mendekati para pelajar dan mngetahui aktiviti para pelajar..
ReplyDeletemaklumlah sekarang ni mcm2 hal berlaku..
syabas jawatankuasa KKSY...