IKLAN

Wednesday, 27 April 2011

Majlis Dialog JPP_KKSY Bersama Puan Pengarah






Pada hari ini bermula jam 10.30 pagi telah berlangsung pertemuan pertama antara ahli JPP dengan Puan Pengarah yang baru, dan syukur majlis ini telah berjalan dengan jayanya sehingga tamat lebihkurang 2 jam kemudian.Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas pembuka bicara oleh Puan Pengarah, diikuti oleh sesi perkenalan beliau dengan semua ahli JPP yang hadir, iaitu seramai 18 orang. Berikutnya, sesi berkongsi idea dan pandangan telah berjalan di mana semua yang hadir dalam majlis ini telah sama - sama mengutarakan beberapa isu dan idea. Hasilnya, beberapa pembaharuan dan perancangan telah dapat diputuskan dalam memastikan fungsi JPP di kolej ini dapat terus diperkemaskan dan keberkesanannya dapat ditingkatkan.Antara yang dapat dirumuskan sepanjang sesi memecah idea ini ialah:
  1. memastikan identiti JPP di kolej selari dengan fungsinya sebagai pengantara pelajar dengan pihak pengurusan
  2. perancangan program - program pada masa - masa tertentu yang akan melibatkan semua pelajar dan warga kolej supaya tiada antara golongan ini yang terus membazirkan masa tanpa dipenuhi dengan aktiviti berfaedah, termasuk di hujung minggu dan sepanjang cuti semester
  3. menguatkankan peranan JPP dalam kolej supaya semua unit - unit dan para kakitangan kolej yang lain juga mendapat faedah bersama dari kewujudan jawatankuasa ini
  4. mengemaskini bidang tugas ahli - ahli JPP mengikut biro yang telah ditetapkan supaya tidak berlaku pertindihan fungsi dan bebanan kerja yang tidak seimbang
Semoga dengan adanya majlis dialog ini , semua ahli JPP akan mendapat lebih input dan idea bagaimana untuk menjadikan JPP sebagai satu entiti yang lebih disegani dan diakui keberkesananya di dalam dan di luar kolej.
Terima kasih pada semua pegawai dan pensyarah yang sama - sama telah meluangkan masa menghadiri majlis ini.

No comments:

Post a Comment