Insyallah KKSY kini dalam usaha ke arah mendapatkan persijilan 5S dari pihak MPC. Berbagai usaha kini telah dilaksanakan oleh pasukan J/K 5S KKSY yang boleh dikatakan terbaik dan cemerlang. Di Unit HEP, kami kini sedang berusaha membentuk dan menyedarkan pelajar tentang 5S dan kepentingannya kepada kolej dan nilai2 tambahan yang akan diperolehi oleh pelajar selaku pelajar di kolej ini. Kempen kesedaran 5S bukan sahaja perlu untuk warga pekerja yang sinonim dengan ruang kerja dan meja kerja masing2, tetapi juga bersangkut rapat dengan pelajar sebagai sebahagian dari penghuni KKSY ini. Antara perkara-perkara yang dititiberatkan di dalam usaha menyedarkan pelajar tentang usaha 5S ini ialah masalah vandalisme. Walaupun vandalisme tidak ketara di KKSY, tetapi usaha pasukan J/K 5S akan sedikit terjejas apabila akan ada segelintir pelajar yang mencabut label2 dilekatkan di tempat laluan awam, mengalih kedudukan tong sampah sesuka hati dan meletakkanya semula bukan di dalam petak `parking` yang disediakan, meninggalkan sampah di merata tempat dan sebagainya.
Sehubungan itu, cabaran untuk membawa pelajar untuk sama-sama menghayati dan melaksanakan usaha 5S dilihat sebagai sesuatu yang agak `tough` kerana hati budi pelajar perlu disematkan dengan segala bentuk kelebihan dan kebaikan perlaksanaan 5S. Ini mungkin akan mengambil masa memandangkan 5S sudah tentu merupakan perkara baru bagi setiap pelajar. Kerjasama setiap pelajar dan komitmen sepenuhnya dari mereka sangat diharapkan. Dari Unit HEP, kami memohon agar pelajar dapat membantu kami untuk membantu kolej ini ke arah sebuah institusi yang lebih disegani dan berdaya maju. KKSY mungkin telah terkenal dan diakui kehebatannya dari beberapa sudut lain, jadi usaha perlaksanaan 5S ini diharap akan menjadi satu lagi kejayaan yang boleh dibaggakan. Bukan sahaja oleh kakitangannya, tetapi juga oleh pelajarnya.
No comments:
Post a Comment