IKLAN

Thursday, 22 August 2013

Pertandingan Menulis Esei Peringkat Kolej Komuniti Selayang (Terbuka kepada Pelajar/Kakitangan KKSY sahaja)

TERMA DAN SYARAT
PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
KOLEJ KOMUNITI SELAYANG 2013

1.      AM

1.1   Peraturan ini diterima pakai untuk Pertandingan Menulis Esei Bulan Kemerdekaan 2013
1.2   Tafsiran peraturan ini adalah hak mutlak Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan
1.3   Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan mempunyai hak untuk meminda sebarang peraturan pertandingan pada bila-bila masa sepanjang tempoh pertandingan sebagaimana yang difikirkan perlu

2.      TAFSIRAN

2.1   ‘Ketua Hakim’ dan ‘Panel Hakim’ bermaksud individu yang dilantik oleh pihak Kolej Komuniti Klang untuk memegang jawatan-jawatan tersebut
2.2   ‘Peserta’ bermaksud individu yang menyertai pertandingan ini.

3.      SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
3.1   Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan Kolej Komuniti Selayang
3.2   Peserta dikehendaki memilih tajuk HANYA daripada senarai tajuk yang telah disenaraikan.
3.3   Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu  esei dengan menggunakan tajuk yang berlainan tetapi hanya layak memenangi satu hadiah sahaja
3.4   Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu esei, tetapi hanya satu esei yang terbaik sahaja akan dipilih untuk memenangi hadiah.
3.5   Esei hendaklah hasil nukilan peserta sendiri dan belum pernah disiarkan pada mana-mana bahan cetakan mahupun sumber daripada Internet. Sekiranya didapati karya diciplak atau diterjemahkan, dengan sendirinya penyertaan akan terbatal.
3.6   Jika menggunakan sumber rujukan (bibliografi), peserta perlulah menuliskannya di bahagian belakang esei
3.7   Peserta dilarang sama sekali menyentuh hal-hal sensitif seperti bangsa, agama dan kaum
3.8   Kolej Komuniti Selayang berhak untuk menerbit, mencetak dan mempamerkan hasil karya peserta dan tidak terikat dengan apa - apa bentuk bayaran sekalipun kepada peserta.
3.9   Keputusan Panel Hakim adalah muktamad dan sebarang bentuk bantahan tidak akan dilayan.



4.      FORMAT ESEI
4.1   Penulisan mestilah menggunakan kaedah ejaan baru mengikut Daftar Kata Bahasa Melayu (DKBM) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2003 dan cetakan semula 2008.
4.2   Panjang esei mestilah tidak kurang daripada 500 patah perkataan
4.3   Setiap esei perlulah ditaip menggunakan kertas bersaiz A4 berwarna putih ( font Ariel, bersaiz 12 dengan jarak langkau dua baris (double spacing) serta menggunakan muka hadapan sahaja.
4.4   Setiap helaian kertas esei perlulah mengandungi bilangan muka surat di bahagian bawah,  sudut sebelah kanan kertas.

5.      TAJUK – TAJUK PENULISAN
5.1     Sila Rujuk Lampiran 2

6.      MAKLUMAT PENGARANG
6.1   Peserta perlulah menyertakan sekali maklumat beliau di akhir esei dengan menggunakan format berikut:
NAMA PENUH (HURUF BESAR)                       :
NO KAD PENGENALAN                                    :
NO MATRIK (SEKIRANYA PELAJAR)   :
NAMA KOLEJ KOMUNITI         
            :
7.      KAEDAH PENGHANTARAN
7.1   Peserta perlu menghantar kesemua esei penyertaan di dalam satu sampul, ke Unit Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti Selayang.
7.2   Tarikh tutup penerimaan di pihak urusetia adalah : 28 Ogos 2013

8.      PEMARKAHAN
8.1   Format pemarkahan adalah berdasarkan kepada perkara berikut :
Penilaian Bahasa ( 30% )
-        Tatabahasa                  : 15 markah
-        Gaya Bahasa                : 15 markah
Penilaian Isi ( 70% )
-        Pendahuluan                 : 10 markah
-        Isi                                : 40 markah
-        Pertautan Isi                 : 10 markah
-        Penutup / Kesimpulan   : 10 markah



Lampiran 2:
TAJUK – TAJUK PENULISAN
PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
2013

    1.1          Gagasan 1Malaysia ke arah Melahirkan Masyarakat Berbudaya
1.2         Satu Bahasa Mendaulatkan Negara
1.3         Peranan Belia Memperkasa Peranan 1Malaysia
1.4         Pemimpin Berbudaya Rakyat Terbela
1.5         1M4U – Evolusi Aktiviti Kesukarelawanan Malaysia
1.6         Semangat Sukarelawan Membentuk Sahsiah Remaja
1.7         Belia Pencetus Tranformasi Negara
1.8         Erti Menjadi Rakyat Malaysia Yang Bertanggungjawab
1.9         Tulisan Jawi : Sinar Identiti Bangsa Melayu
1.10     1Malaysia - Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera


No comments:

Post a Comment