TERMA
DAN SYARAT
PERTANDINGAN
MENULIS ESEI SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
KOLEJ
KOMUNITI SELAYANG 2013
1.
AM
1.1 Peraturan
ini diterima pakai untuk Pertandingan Menulis Esei Bulan Kemerdekaan 2013
1.2 Tafsiran
peraturan ini adalah hak mutlak Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan
1.3 Pengerusi
Jawatankuasa Pertandingan mempunyai hak untuk meminda sebarang peraturan
pertandingan pada bila-bila masa sepanjang tempoh pertandingan sebagaimana yang
difikirkan perlu
2.
TAFSIRAN
2.1 ‘Ketua
Hakim’ dan ‘Panel Hakim’ bermaksud individu yang dilantik oleh pihak Kolej
Komuniti Klang untuk memegang jawatan-jawatan tersebut
2.2 ‘Peserta’
bermaksud individu yang menyertai pertandingan ini.
3.
SYARAT-SYARAT
PERTANDINGAN
3.1 Penyertaan
adalah terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan Kolej Komuniti Selayang
3.2 Peserta
dikehendaki memilih tajuk HANYA
daripada senarai tajuk yang telah disenaraikan.
3.3 Setiap
peserta boleh menghantar lebih daripada satu esei dengan menggunakan tajuk yang berlainan
tetapi hanya layak memenangi satu hadiah sahaja
3.4 Setiap
peserta boleh menghantar lebih daripada satu esei, tetapi hanya satu esei yang
terbaik sahaja akan dipilih untuk memenangi hadiah.
3.5 Esei
hendaklah hasil nukilan peserta sendiri dan belum pernah disiarkan pada
mana-mana bahan cetakan mahupun sumber daripada Internet. Sekiranya didapati
karya diciplak atau diterjemahkan, dengan sendirinya penyertaan akan terbatal.
3.6 Jika
menggunakan sumber rujukan (bibliografi), peserta perlulah menuliskannya di
bahagian belakang esei
3.7 Peserta
dilarang sama sekali menyentuh hal-hal sensitif seperti bangsa, agama dan kaum
3.8 Kolej
Komuniti Selayang berhak untuk menerbit, mencetak dan mempamerkan hasil karya
peserta dan tidak terikat dengan apa - apa bentuk bayaran sekalipun kepada
peserta.
3.9 Keputusan
Panel Hakim adalah muktamad dan sebarang bentuk bantahan tidak akan dilayan.
4.
FORMAT
ESEI
4.1 Penulisan
mestilah menggunakan kaedah ejaan baru mengikut Daftar Kata Bahasa Melayu
(DKBM) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2003 dan cetakan
semula 2008.
4.2 Panjang
esei mestilah tidak kurang daripada 500
patah perkataan
4.3 Setiap
esei perlulah ditaip menggunakan kertas bersaiz A4 berwarna putih ( font Ariel, bersaiz 12 dengan jarak
langkau dua baris (double spacing) serta menggunakan muka hadapan sahaja.
4.4 Setiap
helaian kertas esei perlulah mengandungi bilangan muka surat di bahagian
bawah, sudut sebelah kanan kertas.
5.
TAJUK
– TAJUK PENULISAN
5.1 Sila
Rujuk Lampiran 2
6.
MAKLUMAT
PENGARANG
6.1 Peserta
perlulah menyertakan sekali maklumat beliau di akhir esei dengan menggunakan
format berikut:
NAMA PENUH (HURUF BESAR) :
NO KAD PENGENALAN :
NO MATRIK (SEKIRANYA PELAJAR) :
NAMA KOLEJ KOMUNITI
:
7.
KAEDAH
PENGHANTARAN
7.1 Peserta
perlu menghantar kesemua esei penyertaan di dalam satu sampul, ke Unit Hal
Ehwal Pelajar Kolej Komuniti Selayang.
7.2 Tarikh
tutup penerimaan di pihak urusetia adalah : 28 Ogos 2013
8.
PEMARKAHAN
8.1 Format
pemarkahan adalah berdasarkan kepada perkara berikut :
Penilaian Bahasa ( 30% )
-
Tatabahasa : 15 markah
-
Gaya Bahasa : 15 markah
Penilaian
Isi ( 70% )
-
Pendahuluan : 10 markah
-
Isi : 40 markah
-
Pertautan Isi : 10 markah
-
Penutup / Kesimpulan : 10 markah
Lampiran 2:
TAJUK – TAJUK
PENULISAN
PERTANDINGAN
MENULIS ESEI SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
2013
1.1
Gagasan 1Malaysia ke arah
Melahirkan Masyarakat Berbudaya
1.2
Satu Bahasa Mendaulatkan
Negara
1.3
Peranan Belia Memperkasa
Peranan 1Malaysia
1.4
Pemimpin
Berbudaya Rakyat Terbela
1.5
1M4U – Evolusi Aktiviti Kesukarelawanan
Malaysia
1.6
Semangat Sukarelawan
Membentuk Sahsiah Remaja
1.7
Belia Pencetus Tranformasi
Negara
1.8
Erti Menjadi Rakyat Malaysia
Yang Bertanggungjawab
1.9
Tulisan Jawi : Sinar
Identiti Bangsa Melayu
1.10 1Malaysia - Transformasi
Berjaya, Rakyat Sejahtera