Alhamdulillah, pada 9 Mac 2013 yg lepas, Kolej Komuniti Selayang, Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Selayang, JKKKP Kg Selayang Pandang dengan kerjasama pihak Majlis Perbandaran Selayang, Pejabat Kesihatan Daerah Gombak dan Jabatan Bomba Selayang telah berjaya melaksanakan satu program gotong royong. Bermula jam 8.00 pagi, program ini berlangsung hingga ke tengahari. Kawasan yang menjadi tumpuan kerja-kerja perbersihan ialah dewan orang ramai, sekolah agama, masjid dan laluan masuk ke kampung ini. Seramai 60 pelajar KKSy dan 5 pensyarah telah turut serta membantu penduduk kampung melakukan kerja2 pembersihan. Dalam program ini, Pengerusi Penasihat Kolej Komuniti Selayang, Dato` Sri Subahan Kamal telah sudi turun padang dan sama-sama bekerja melaksanakan tugas perbersihan. Objektif KKSY ialah supaya kawasan persekitaran di kampung ini serta beberapa lokasi yang dipilih akan menjadi lebih bersih dan ceria. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat sama dalam menjayakan program ini. Masih Ada Yang Sayang merupakan satu ikon kepada KKSY kerana melaluinya warga kolej ini melahirkan rasa sayang sesama manusia dan alam sekitar. Secara tidak langsung ia memupuk sikap cintakan sesama makhluk Tuhan samada bernyawa atau tidak.
No comments:
Post a Comment