IKLAN

Thursday, 17 October 2013

5S oh 5S



Insyallah KKSY kini dalam usaha ke arah mendapatkan persijilan 5S dari pihak MPC. Berbagai usaha kini telah dilaksanakan oleh pasukan J/K 5S KKSY yang boleh dikatakan terbaik dan cemerlang. Di Unit HEP, kami kini sedang berusaha membentuk dan menyedarkan pelajar tentang 5S dan kepentingannya kepada kolej dan nilai2 tambahan yang akan diperolehi oleh pelajar selaku pelajar di kolej ini. Kempen kesedaran 5S bukan sahaja perlu untuk warga pekerja yang sinonim dengan ruang kerja dan meja kerja masing2, tetapi juga bersangkut rapat dengan pelajar sebagai sebahagian dari penghuni KKSY ini. Antara perkara-perkara yang dititiberatkan di dalam usaha menyedarkan pelajar tentang usaha 5S ini ialah masalah vandalisme. Walaupun vandalisme tidak ketara di KKSY, tetapi usaha pasukan J/K 5S akan sedikit terjejas apabila akan ada segelintir pelajar yang mencabut label2 dilekatkan di tempat laluan awam, mengalih kedudukan tong sampah sesuka hati dan meletakkanya semula bukan di dalam petak `parking` yang disediakan, meninggalkan sampah di merata tempat dan sebagainya.

Sehubungan itu, cabaran untuk membawa pelajar untuk sama-sama menghayati dan melaksanakan usaha 5S dilihat sebagai sesuatu yang agak `tough` kerana hati budi pelajar perlu disematkan dengan segala bentuk kelebihan dan kebaikan perlaksanaan 5S. Ini mungkin akan mengambil masa memandangkan 5S sudah tentu merupakan perkara baru bagi setiap pelajar. Kerjasama setiap pelajar dan komitmen sepenuhnya dari mereka sangat diharapkan. Dari Unit HEP, kami memohon agar pelajar dapat membantu kami untuk membantu kolej ini ke arah sebuah institusi yang lebih disegani dan berdaya maju. KKSY mungkin telah terkenal dan diakui kehebatannya dari beberapa sudut lain, jadi usaha perlaksanaan 5S ini diharap akan menjadi satu lagi kejayaan yang boleh dibaggakan. Bukan sahaja oleh kakitangannya, tetapi juga oleh pelajarnya. 






Go KKSy Go - Kejohanan Petanque IPT Piala KSU KPM Sirkit Zon Tengah 2013


Unit ini mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pemain petanque lelaki KKSY yang berjaya mendapatkan tempat dalam sirkit kejohanan kali ini dan membantu menempatkan KKSY sama-sama dalam senarai pemenang. Walaupun terpaksa bersaing dengan pasukan-pasukan gergasi yang lain, KKSY tetap mempunyai peluang untuk menempatkan diri di di dalam kelompok pemenang. Syabas!!!!!!!!!!!!



Double Lelaki
Pertama : UPSI
Kedua : KKKL 1
Ketiga : KKSY



Wednesday, 2 October 2013

Selamat Menduduki PMR



Dari Unit HEP KKSY kami mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepda semua adik2 di sekolah seluruh negara yang akan menduduki PMR bermula hari ini hingga 9 Oktober 2013. Di masa inilah segala yang dipelajari selama tiga tahun di sekolah menengah akan dicurahkan kembali. Kami mendoakan agar semua adik2 akan dapat mencapai keputusan yang diidamkan kerana keputusan itu sedikit sebanyak akan mempengaruhi kelas adik2 di tingkatan empat nnt.

Wednesday, 18 September 2013

Mengejar Bintang Kolej Komuniti Selayang

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana memperkenankan usaha dan doa kami warga KKSY untuk mencari kemenangan di dalam dua pertandingan Kolej Komuniti yang diadakan iaitu Pertandingan Semarak Merdeka di Peringkat Negeri dan Pertandingan Rakan Patriotik di Peringkat Kebangsaan. Walaupun saingan agak sengit dan mereka yang bertanding bukan calang-calang peserta, KKSy masih mampu tersenyum puas dengan hasil kemenangan yang diperolehi. 


Pertandingan Semarak Merdeka

Kategori Pidato Lelaki : Tempat kedua (diwakili oleh Saudara Omar)
Kategori Pidato Wanita : Tempat kedua ( diwakili oleh Saudari Amira)
Kategori Pameran Sejarah : Tempat kedua (diwakili oleh Encik Hyrul & team)



Pertandingan Rakan Patriotik

Kategori Nyanyian Patriotik : Johan (diwakili oleh Saudari Che Hidayah)
Kategori Sayembara Puisi : Johan (diwakili oleh Saudari Mahfuzah)


Dari Unit Hal Ehwal Kolej Komuniti Selayang, kami mengucapkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pemenang dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam kontingen KKSY ke semua pertandingan di atas. 



Memori sepanjang zaman: