IKLAN

Tuesday, 4 December 2012

THE BIGGEST LOSER FUTSAL CHALLENGE!!!

Syarat pertandingan:
1) LELAKI, warganegara MALAYSIA dan berumur tidak lebih 25 tahun.

2) Setiap pasukan mesti mempunyai 5 orang pemain dan 5 orang pemain simpanan. Tetapi, 3 daripada ahli/ pemainnya mestilah individu yang mempunyai Body Mass Index (BMI) yang obes iaitu >30.

3) Pasukan yang gagal hadir/ tiba 10 minit sebelum perlawanan akan dikira 'disqual

ified' dan pasukan lawan diberikan kemenangan percuma. Format pertandingan adalah secara LIGA.

4) Bagi pertandingan ini, jumlah berat pemain akan dihitung sebelum tournament bermula & akan dihitung sekali lagi pada hari perlawanan akhir. Pasukan yang mempunyai peratusan penurunan berat badan akan diistihar "Biggest Loser Champion".

5) Pemain perlu mendapatkan pandangan dan nasihat daripada doktor @ petugas di klinik2 kesihatan @ hospital sebelum menyertai pertandingan.

6) Pertandingan ini dianjurkan oleh Tropicana FC dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia yang berhasrat untuk mengurangkan remaja yang mengalami obesiti di usia muda.

7) Syarat dan keputusan pengadil adalah muktamad.

Hadiah:
Biggest Loser Champion - RM600.00
Tempat Pertama - RM600.00
Tempat Kedua - RM400.00
Tempat Ketiga - RM300.00
Tempat Keempat - RM200.00

Terbuka kepada semua pelajar KOLEJ KOMUNITI SELAYANG.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan Futsal Istimewa ini, sila hubungi Puan Airene (012-9099950). Hanya 10 pasukan terawal sahaja yang akan diterima penyertaannya.

Mohon kepada Ketua-ketua Program menyebarkan makluman ini kepada pelajar masing-masing

No comments:

Post a Comment