IKLAN

Wednesday, 26 December 2012

SESI TEMUDUGA PROGRAM SIJIL PERKHIDMATAN HOTEL















IMBASAN MAJLIS PRA GRADUAN SESI JUN 2010































Mari Menderma untuk Gaza


Kolej Komuniti Selayang mengalu-alukan sumbangan tunai dari tuan/puan seluruh rakyat Malaysia bagi mengisi Tabung Bantuan Gaza yang akan dikumpulkan untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan di sana. Di Kolej Komuniti Selayang, Tabung Gaza ada ditempatkan di Kaunter Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Aras 2, Kaunter Unit Hal Ehwal Pelajar Aras 2 dan Kaunter Utama Aras 3. Setiap sen sumbangan tuan/puan didahului dengan jutaan terima kasih semoga Allah s.w.t membalasnya dengan keberkatan hidup dan kesenangan di akhirat kelak. Selain itu, Unit Hal Ehwal juga ada merancang beberapa aktiviti lain untuk mengumpul dana iaitu pertandingan boling amal, cucian kereta amal, pungutan derma ke tempat-tempat awam dan permohonan sumbangan dari badan-badan perniagaan. Justeru itu mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan untuk Tabung ini boleh menghubungi terus Unit Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti Selayang di talian 03-61368200  sambungan 133, Pegawai Hal Ehwal Pelajar.



Majlis Pelancaran Tabung Gaza peringkat Kolej Komuniti Wilayah Selangor

PROGRAM SAY NO TO DRUG AND ADULTERY

PROGRAM SAY NO TO DRUG AND ADULTERY telah berjalan di Hotel Grand Continental pada bulan September yang lepas. Program ini mendapat peruntukan khas dari Kementerian Pengajian Tinggi dan melibatkan pelajar-pelajar dari Kolej Komuniti dan Politeknik Wilayah Tengah. Program ini bertujuan memberi gambaran yang lebih jelas kepada peserta tentang realiti dan risiko sebenar aktiviti-aktiviti yang tidak sihat meliputi penggunaan najis dadah dan maksiat. Program ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak-pihak yang terlibat membanteras aktiviti-aktiviti di atas seperti pihak Polis Diraja Malaysia, rumah-rumah perlindungan wanita, pusat pemulihan narkotik dan juga orang ramai. Dalam program ini, peserta diberi penerangan khas oleh pihak-pihak di atas tentang realiti sebenar aktiviti penagihan dadah dan pelacuran di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Juga diterangkan ialah risiko-risiko sekiranya terlibat dengan penggunaan najis dadah dan seks bebas. Orang ramai pula memberikan pandangan masing-masing yang berbeza melalui kajiselidik yang telah dijalankan oleh peserta program. Rata-rata orang awam berpendapat kerajaan telah banyak melakukan langkah pencegahan dan semua ini memerlukan sokongan rakyat. Kerjasama menghulurkan maklumat dan menjauhi aktiviti tidak sihat di kalangan warga bandaraya akan membantu membantutkan kegiatan tidak bermoral ini. Misalnya jika permintaan terhadap pekerja seks berkurangan, maka ramai pekerja-pekerja seks akan meningglkan kegiatan mereka kerana sumber pendapatan berkurangan.