Blog ini ditulis berdasarkan pemikiran penulis sahaja dan tidak menggambarkan atau mewakili apa - apa dasar dan kepentingan Kerajaan ..dari pelajar untuk pelajar, kepada pelajar..
IKLAN
Wednesday, 25 May 2011
Monday, 2 May 2011
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH DI KKSY
Melalui program Latihan 1 Malaysia, kolej ini akan menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah pada 28, 29 dan 30 Mei 2011 bertempat di KKSY sendiri. Yuran adalah sebanyak RM20.00 dan tiada makan minum disediakan. Kursus akan dilaksanakan dalam bentuk teori dan praktikal berdasarkan topik2 dalam kursus yang telah disusun. Topik - topik yang jarang kita jumpa juga akan diketengahkan dalam kursus ini seperti pengurusan jenazah Aids, tayyammum jenazah, cara memandikan jenazah yang sentiasa mengalir darahnya dan lain - lain lagi.Insyaallah.
Antara kelebihan mengetahui tatacara pengurusan jenazah ialah:
- Sebagai persediaan untuk kita menanggung fardhu kifayah jika berlaku kematian di tempat kita, ataupun di kalangan keluarga sendiri dan pada masa yang sama tiada seorang pun yang tahu cara menguruskan jenazah. Ini ada terjadi.
- Sebagai tanda ingatan kita kepada kematian yang pastinya akn muncul, samada cepat atau lambat sahaja yang menetukannya.
- Membolehkan kita mengetahui bidaah2 yang berlaku dalam pengurusan jenazah yang kadangkala berlaku di dalam budaya hari ini.
- Sebagai satu cara untuk kita beramal bakti dengan si mati atau keluarganya selepas kematiannya dengan cara membantu menguruskan jenazahnya.
- Membolehkan kita menurunkan ilmu yang semakin ditinggalkan ini (walaupun ianya wajib diketahui) kepada anak dan cucu kita supaya pada suatu hari nanti jenazah kita dapat diuruskan dengan sempurna oleh waris kita sendiri, Insyaallah.
Subscribe to:
Posts (Atom)