IKLAN

Wednesday, 29 January 2014

CALON-CALON PILIHAN RAYA KAMPUS SESI 2014

  JPP001
NURUL IZWANI BINTI MURSIDULWAZIZ
SEMESTER 2
DIPLOMA `GAMES ART`
 
JPP002
SURAYAHANI BINTI MIUR ZABIDIN
SEMESTER 2
DIPLOMA `GAMES ART`


 
 JPP003
MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZAMANI
SEMESTER 2
DIPLOMA `GAMES ART`

 
 
 JPP004
MOHAMAD FIRDAUS BIN ABDUL HALIM
SEMESTER 2
DIPLOMA `GAMES ART`

 
 
JPP005
MUHAMMAD SYAZWAN BIN MOHD NOR@ABD RAZAK
SEMESTER 2
DIPLOMA `GAMES ART`

 
 
 JPP006
NUR FADZIL BIN OMAR
SEMESTER 2
DIPLOMA `GAMES ART`
 

 JPP007
HAIDA A/P PANDAK
SEMESTER 2
SIJIL REKABENTUK DALAMAN

 
 
 JPP008
MUHAMMAD AZRI BIN JA`APAR
SEMESTER 2
SIJIL REKABENTUK DALAMAN
 
 
 JPP009
MUHAMMAD NOR HISHAM BIN MUSTAPA
SEMESTER 2
SIJIL REKABENTUK DALAMAN
 
 
JPP010
NUR NADHIRAH HUSNA BINTI ZAINAL ABIDIN
SEMESTER 2
SIJIL REKABENTUK DALAMAN


 
 JPP011
NABIHAH BINTI MOHD NASIR
SEMESTER 2
SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN
 
 
JPP012
INDRA PUTRA BIN HARIS
SEMESTER 2
SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN

 
JPP013
SITI NORSUHAILA BINTI MOHD NASIR
SEMESTER 2
SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN


JPP014
NOR MUNIRAH BINTI MOHD ANUAR
SEMESTER 3
SIJIL ASAS KULINARI
 
 JPP015
HASMILAH BINTI YAHYA
SEMESTER 3
SIJIL ASAS KULINARI
 
 
 

 

 
 

 
 

 
 


Monday, 27 January 2014

TERIMA KASIH PADA YANG LAMA, SELAMAT DATANG PADA YANG BARU

 

 

Tahun 2013 telah hamper sebulan berlalu, pelajar dating dan pergi. Dari pengurusan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, kedatangan tahun baru 2014 diharap dapat memperbaiki segala kelemahan di masa-masa sudah semoga tahun 2014 ini kolej akan lebih meriah dengan JPP baru yang akan dipilih dalam masa terdekat. Bagi ahli JPP tahun 2013, berbanyak terima kasih diucapkan atas kesediaan saudara-saudari berada di dalam pasukan JPP penggal tersebut. Memegang jawatan JPP bermakna sebahagian hidup dan pengorbanan saudara-saudari telah dibahagikan kepada JPP dan KKSY secara amnya. Bukan mudah untuk menjadi seorang ahli JPP kerana berbagai cabaran terpaksa ditempuhi, yang mana pada perkiraan saya tidak perlu diperjelaskan secara terperinci tentang cabaran tersebut di ruangan ini. Biarkan lah cabaran itu menjadi sekelumit pengalaman yang berharga sebelum saudara-saudari meninggalkan kerusi pelajar di KKSY dan menempuh dunia kedewasaan di luar sana. Pihak HEP sangat beruntung kerana di KKSY semakin ramai anak didiknya yang sanggup berkorban untuk kepentingan kolej dan rakan-rakan melalui penyertaan di dalam JPP.

 

Meskipun sesetangah cabaran sebagai seorang ahli JPP kadangkala menggugat kesabaran dan kematangan ahlinya, tempoh setahun atau kurang sebagai keluarga JPP sangat bermakna di mata pensyarah dan warga pentadbiran KKSY. Segala jemputan luar, perlaksanaan program pelajar, sambutan tetamu VIP di KKSY, malah hingga ke tahap mewakili KKSY dalam pertandingan kemahiran, keberadaan ahli JPP sebagai peserta sangat dibanggakan oleh pihak HEP. Warga KKSY akan bercakap tentang JPP, kiri JPP, kanan JPP, depan JPP dan belakang pun JPP, malah dalam proses mendapatkan akreditasi MQA baru-baru ini, JPP menjadi agenda yang sangat penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Malah tidak keterlaluan saya katakan tanpa JPP atau JPP yang ada tidak menunjukkan keberadaan mereka di mata pelajar lain, urusan mendapatkan akreditasi MQA mungkin tinggal harapan.

 

Sekali lagi kepada semua ahli JPP tahun 2013, kami di HEP mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas kemampuan saudara-saudari berada di dalam kelompok `mereka yang terpilih`. Jadikan ianya sebagai asas kekuatan semua dan setiap peluh saudara-saudari yang tertitis demi KKSY hanya Tuhan yang akan membalasnya.

Menggantikan barisan kepimpinan lama ialah pasukan JPP 2014 yang akan dipilih secara demokrasi dalam Pilihanraya Kampus yang akan berlangsung pada 5 Februari 2014 ini. Sesi penamaan calon telah pun selesai diuruskan oleh Penyelaras JPP KKSY yang baru iaitu Cik Noorafzarini menggantikan Encik Sulaiman yang bercuti belajar. Kepada Encik Sulaiman diucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian tuan membimbing pasukan JPP 2013 selama kurang lebih 9 bulan. Kedatangan Cik Noorafzarini sebagai penyelaras yang baru diharap dapat meneruskan legasi JPP sejak penubuhan awalnya pada tahun 2007.

 Kepada semua 16 calon baru JPP 2014, kami mengucapkan selamat dating, dimurahkan rezeki, dan diberi sejuta kekuatan untuk saudara-saudari terus bersama-sama kami mengharungi cabaran 2014 yang kelihatannya akan lebih mencabar dan memerlukan komitmen tidak berbelah bagi ahli JPP baru.