Kepada semua warga Kolej Komuniti Selayang yang beragama Islam dan kaum muslimin serta muslimat sekelian, kami di Unit Hal Ehwal Pelajar KKSY mengucapkan selamat berpuasa kepada anda semua. Semoga bulan yang dinanti-nanti ini akan membuatkan kita lebih dekatr dengan Allah s.w.t . Banyak amalan-amalan harian yang boleh kita jadikan sebagai cara untuk mendekatkan diri kita kepada Yang Maha Esa di sepanjang bulan mulia ini. InsyAllah kami di KKSY akan melaksanakan program Tadarus Al Quran setiap hari melibatkan semua warga kolej yang beragama Islam semoga dengan cara ini kolej ini akan sentiasa diterangi dengan alunan ayat-ayat suci Al Quran yang keluar dari lidah warganya sendiri. Selain itu kami juga telah merancang beberapa lagi aktiviti sempenan Ramadhan.